Posts

Showing posts from July, 2018

Tips Mncari Durian Yang Sedap

Image
Assalammualaikum dan salam sejahtera, pernah tak kita beli durian di kedai lepastu tidak sempat masuk ke mulut tapi terpaksa dibuang atas sebab keras, tak sedap, kurang manis, busuk dan sebagainya. Memandangkan sekarang musim durian kami dari kumpulan Big Boy nak berkongsi beberapa tips yang boleh di guna pakai. tak kira la apa jenis durian yang ingin di beli, tips ini boleh di gunakan kepada semua jenis durian lebih lagi durian kampung. 1)Lihat Tangkai Durian yang jatuh dari pokok, tangkainya pasti bergerigi. jika tidak, ia kemungkinan durian yang sudah dipetik sebelum ia masak dan disimpan terlebih dahulu. Nak tahu isi tebal atau tidak?? boleh lah cungkil sedikit kulit tangkainya dengan kuku, jika tebal, maka isi didalamnya juga tebal. Nak tahu isi kuning atau tidak, boleh lah lihat dibahagian dalam kulitnya. Jika kuning maka isinya juga turut berwarna kuning. Tapi awas! ada juga sesetengah penjual mencelup durian dalam pewarna kuning untuk memastikan tangkainya berwarna kunin...

Percutian 3 hari 2 malam di Polumpung, Sabah

Image
Assalammualaikum kali ini saya ismail quyyum hendak berkongsi tentang satu tempat yang menarik di sabah. Dari sumber orang kampung sekeliling mengatakan bahawa ada air sungai yang mengalir dikawanasan kota belud dan lebih menarik lagi air sungai tersebut adalah air yang berasal dari gunung kinabalu. sapa pun tak teruja bila dengar air sumber air yang mengalir dari gunung kinabalu. jadinya saya dan kawan sekerja kami merancang membuat percutian di tempat tersebut yang diberi nama Polumpung, sabah. Bermula perjalanan kami di sandakan, sabah. kami terpaksa meredah 3 daerah iaitu Telupid, Ranau dan Kundasang. Masa perjalanan yang terpakasa diambil lebih kurang 4 jam 57 min, biasanya kami akan tiba lebih lewat disebabkan terlalu banyak berhenti serta menyinggah ketempat yang menarik sebelum sampai kedestinasi. bagi pendapat saya perjalanan dari sandakan sebenarnya lebih menarik kerana banyak tempat yang boleh kita pergi sebelum sampai sebagai contoh kolam air panas, kolam ikan, sing...

Tempat Menarik Di Malaysia Seakan-akan Di Luar Negara

Image
asslamualaikum dan selamat sejahtera, post kali saya akan berkongsi tentang tempat-tempat yang menarik dimalaysia yang menyerupai tempat di luar negara. Pelbagai tempat yang menarik di malaysia ini yang ada sesetengah dari pada masyarakat malaysia sendiri tidak tahu tentang tempat ini, jadinya saya akan berkongsi dengan anda semua tempat-tempat tersebut. Macam Di Perancis Bandar seperti pekan Perancis ini lebih bersih. Sebab tempat ini kepunyaan Kumpulan Berjaya. Namanya Colmar Tropicale. Cuaca lebih sejuk dari di KL. Jadi, ada sikit rasa macam di Perancis.  Lokasi :  Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia. Macam Di Boliva Tempat ini macam di Bolivia — Salar de Uyuni. Bila tangkap gambar, dah tak nampak mana langit, mana bumi.   Orang sini panggil scene aneh ini Mirror In The Sky. Lokasi :  Sasaran, Kuala Selangor     Macam Di Australia Nak tengok orang surfing di Bondi Beach, Sydney sambil makan fish an...