Tips Mncari Durian Yang Sedap
Assalammualaikum dan salam sejahtera, pernah tak kita beli durian di kedai lepastu tidak sempat masuk ke mulut tapi terpaksa dibuang atas sebab keras, tak sedap, kurang manis, busuk dan sebagainya. Memandangkan sekarang musim durian kami dari kumpulan Big Boy nak berkongsi beberapa tips yang boleh di guna pakai. tak kira la apa jenis durian yang ingin di beli, tips ini boleh di gunakan kepada semua jenis durian lebih lagi durian kampung.
1)Lihat Tangkai
Durian yang jatuh dari pokok, tangkainya pasti bergerigi. jika tidak, ia kemungkinan durian yang sudah dipetik sebelum ia masak dan disimpan terlebih dahulu. Nak tahu isi tebal atau tidak?? boleh lah cungkil sedikit kulit tangkainya dengan kuku, jika tebal, maka isi didalamnya juga tebal. Nak tahu isi kuning atau tidak, boleh lah lihat dibahagian dalam kulitnya. Jika kuning maka isinya juga turut berwarna kuning. Tapi awas! ada juga sesetengah penjual mencelup durian dalam pewarna kuning untuk memastikan tangkainya berwarna kuning. dalam membuat pemilihan anda perlu bijak memilih.
2)Perhatikan duri pada durian
Kenapa dengan duri? sekiranya kulit berduri jarang dan besar-besar, maka durian itu berisi padat. Jika duri durian itu kecil dan berjarak dekat, isi durian itu pasti lembik dan kurang padat.
3)Pilih yang ringan
Kenapa pilih yang ringan? sebab, durian yang berat kebiasaannya masih mentah, isinya sudah berair, busuk atau sudah tidak elok.
4)Kulit
Jangan pilih yang sudah retak atau durian yang sudah pecah di hunjungnya. Sebab? Durian yang sudah pecah kebanyakannya sudah tidak elok dan berasa masam. Durian ini sesuai dijadikan sebagai tempoyak.
5)Pukul-pukul durian
Tujuan memukul durian adalah untuk memastikan bahawa durian itu mempunyai isi yang padat. sebagai contoh seandainya ketika memukul durian dan berbunyi seperti "bluk-bluk" bergema, itu bermakna durian yang anda pilih sudah matang. tetapi jika berbunyi "plek-plek" itu bermakna durian yang anda pilih masih lagi belum matang.
6)Goncangkan
Letakan kedua-dua tapak tangan pada buah durian, pegang dengan erat dan gocangkan perlahan-lahan. Jika merasakan getaran kecil pada buat durian ia bermakna isi durian itu matang dan kering. isi yang kering ini aka terpisah dari kulit durian, manakala isi yang lembab, lunak, berlemak akan melekat pada dinding kulit durian. ini adalah tips untuk memilih isi durian yang berkualiti.
![]() |
Contoh 5 pangsa durian |
7)Pili yang ada 5 pangsa
Apa itu pangsa? jika dapat dilihat pada contoh yang diberikan pangasa adalah bahagian/pembahagi kepada isi-isi durian. kebiasaannya durian yang mempunyai 5 pangsa ini lebih elok dari durian yang mempunyai lebih dari 5 pangsa.
8)Pilih yang bulat
Durian yang bentuknya bulat bermaksud isinya besar dan banyak. Durian bujur kebiasannya isinya sedikit sahaja. Durian lonjong pula isinya lebih manis dan sedap.
9)Jangan lupa cium bau durian
senang sahaja, durian yang berbau kuat, kemungkinan buahnya besar, manis dan matang. jadi nak pilih durian, kena bau terlebih dahulu. kalau tiada bau, durian itu mungkin masih belum masak dan isinya sudah masuk angin. bila masuk angin, isi akan jadi tawar dan hambar.
sekian tips yang boleh digunakan ketika membeli durian di kedai-kedai tepi jalan mahupun di kampung-kampung dan sedikit tips tambahan kepada pembaca. Beli durian diharapakan lihat lah pada musim kerana jika musim hujan ditakuti durian yang di beli adalah durian yang gugur keran di tiup ribut kencang, jadinya beli lah pada musim kering kerana durian akan lebih elok dan memuaskan. sekian terima kasih.
Comments
Post a Comment