About Mohd Fadzirul Faiz



nama penuh saya mohd fadzirul faiz b mohd khaimi, ramai yang panggil izz sebab saya mempuanyai 3orang anak yang mempunyai pangkal nama yang bermula dengan izz yang bermaksud kekuatan. tapi yang rapat akan panggil abe ih or is sebab kawan yang rapat dan  adik beradik sahaja yang akan panggil nama tersebut. saya dilahirkan di ketereh,kelantan. Di besarkan di ulu kinta perak sebab ayah saya berkerja sebagai anggota polis di sana.selepas ayah saya pencen, saya kembali membesar di negeri kelahiran saya. saya anak ke-4 dari 6 adik beradik dimana orang kata anak ke-4 ni kebanyakannya pantang di cabar dan bertanggungjawab. adakalanya betul lah ape orang cakap sebab saya seorang yang pemalu dan tak suka untuk menyerlah sangat. saya adalah seorang anggota keselamatan dan sekarang berkhidmat di Pusat latihan polis jalan semarak kuala Lumpur cawangan pengangkautan.Bak kata dari kenderaan kelas ringan hingga kelas berat saya boleh kendalikan. saya berminat dengan kerja ini oleh kerana minat menjelajah dan cabaran dalam hidup. bagi saya mengendalikan pelbagai jenis kenderaan di jalan raya atau pun di dalam hutan membuatkan pengalaman yang menyeronokkan lagi-lagi bila kita berada ditempat orang dan belajar cara mereka hidup kadang benda baru yang di pelajari itu akan mengajar kita erti hidup yang sebenar tak semua yang kita ingin kan akan kita dapat dan tak semua yang kita tak nak kita boleh elak. jadinya dalam hidup ini teruskan berjalan walaupun kita rasa kita telah jatuh berkali-kali, namun bangkit dan jangan mengalah. percayalah orang yang berusaha telah dijanjikan kejayaan untuk dirinya.

Comments

Popular posts from this blog

Tempat Menarik Di Malaysia Seakan-akan Di Luar Negara

Percutian 3 hari 2 malam di Polumpung, Sabah

Aktiviti Lasak 4x4 ke kampung orang asli Kem Pos bentau, cameron highland