Hobi

hai kembali lagi selagi dengan kisah hobi pula kali ni. semua orang atas muka bumi ni ade hobi tersendiri. lain orang lain lah hobinya, macam saya lebih gemar kepada 'Travel' dimana semua tempat kat atas muka bumi ni saya nak pegi tapi apakan daya orang kata ukur baju badan sendiri. nak berjalan perlukan duit, kalau duit takde terpaksa lah bercuti dalam rumah sendiri.


jadi post kali ini saya nak berkongsi pasal satu pulau yang saya sendiri pernah pergi dan melancong sambil berkerja. nama pulau itu PULAU LANKAYAN, nama yang agak terkenal dikalangan peminat pulau di malaysia.
Maaf gambar agak kurang memuaskan. Tangan Tiada seni.


Pulau Lankayan yang terletak di sandakan sabah dan mempunyai 23 chelet di pinggir laut. sebuah pulang yang diisytiharkan sebahagian daripada kawasan perlindungan marin yang besar untuk mengamalkan kosep eko-pelancongan. Pulau ini dikelilingi oleh pantai berpasir putih yang tiada tadingannya.

Pulau lankayan ini adalah kawasan yang sesuai untuk mencari ketenangan dan ia juga mempunyai kawansan menyelam yang cantik pada musim dari Mac hingga Mei. Whale shark boleh dilihat disini, ini adalah 'dream date' bagi mereka yang suka menyelam. bagi mereka yang rasa tekanan terhadap kerja di bandar eloklah di syorkan ke tempat begini untuk mengurangkan tekana dari tempat kerja.

selain itu, tarikan lain dipulau ini adalah dengan melihat penyu bertelur di waktu malam dan pihak penjaga pulau memelihara telur penyu di satu tempat untuk dijadikan sebagai 'adoption' kepada para pelacong. pelancong juga akan diberi peluang untuk melepaskan anak-anak penyu yang baru dilahirkan kelaut sebagai satu pengalaman yang menyeronokan.

jadi, disebabkan terlalu banyak benda yang menyeronokan untuk diceritakan dan keindahan yang tidak dapat di cakapkan. jika terasa nak datang bercuti kat sabah ni elok lah ruangkan masa dan pergi ke pulau lankayan. percutian anda pasti akan menjadi lebih bermakna dan indah bersama keluarga atau rakan-rakan di sini. bagi yang suka menyelam tu ini adalah piliah tepat untuk anda. sebagai santapan saya sertakan vedio yang tak seberapa ni. maaflah kurang kepakaran dalam editing vedio ni. tapi saya cuba sebaik mungkin untuk perkongsian umum.


Comments

Popular posts from this blog

Tempat Menarik Di Malaysia Seakan-akan Di Luar Negara

Percutian 3 hari 2 malam di Polumpung, Sabah

Aktiviti Lasak 4x4 ke kampung orang asli Kem Pos bentau, cameron highland