Bergelar Pelajar Jarak Jauh UUM KL, Setelah berkerja

Assalammualaikum dan salam sejahtera, kali ini saya nak berkongsi pengalaman bagaimana perasaan bila berkerja dan belajar.Bagi saya ia bukan lah sesuatu yang susah, tetapi boleh di katakan satu perkara yang amat menyeronokan. kita dapat mengenal kawan dan belajar sesuatu yang baru dalam sesuatu pekara sebagai contoh untuk menyelesaikan satu tugasan berkumpulan. bagi pelajar yang menjalani pelajaran sepenuh masa, pekara itu agak senang kerana mereka boleh dikatakan sentiasa berada didalam kempus dan boleh berjumpa pada setiap masa dan berlainan pula dengan pelajar jarak jaruh kerana semua pelajar mempunyai kotmitmen masing-masing dalam kerjaya malah mempunyai tangunggjawab terhadap keluarga. pengurusan masa dan kerja sama amatlah penting dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. daripada situlah kita akan melihat bagaimana kesungguhan dan lelah untuk berjaya. bak kata pepatah usaha itu tangga kejayaan.

setiap pelajar jarak jauh UUM haruslah menghadiri pertemuan atau klass pada setiap bulan di hujung minggu. macam saya berkerja di sandakan,sabah dan belajar di kempus UUM Kuala Lumpur yang bertempat di Kelana Square, agak sukar sebenarnya untuk bergerak pada setiap bulan kerena setiap pergerakan memerlukan duit tambang penerbangan. hampir sebanyak RM 450 sebulan secara purata yang perlu dibelanjakan untuk menghadiri pertemuan. setiap satu semester mempunyai 5 kali pertemuan dan pertemuan keli mempunyai final. jadi jika dikira secara kasar lebih kuran RM2,250 yang terpaksa di belanja untuk menghabiskan satu semester, namun bukan lah satu halangan bagi saya untuk mencapai sesuatu yang di idamkan.




untuk pelajar jarak jauh UUM tidak terlepas dari perperiksaan, diman perperiksaan mempunyai dua. pertama perperiksaan pertengahan 'Mid term' yang akan berlangsung pada setiap kali pertemuan ke-3. kedua perperiksaan akhir 'Final Exam' dimana yang akan dilakukan pada pertemuan ke-5.

sama seperti pelajar sepenuh masa, pelajar jarak jauh UUM juga perlu menghadiri program luar yang di rancang untuk setiap pelajar bagi menggalakan semua pelajar aktif dalam penglibatan kokurikulum.



Comments

Popular posts from this blog

Tempat Menarik Di Malaysia Seakan-akan Di Luar Negara

Percutian 3 hari 2 malam di Polumpung, Sabah

Aktiviti Lasak 4x4 ke kampung orang asli Kem Pos bentau, cameron highland