About Ismail Quyyum bin Ibrahim



nama penuh saya ismail quyyum bin ibrahim, ramai yang panggil mail sebab lumrah orang yang bernama ismail sering dipanggil Mael,mail, or is tapi yang rapat akan panggil yum sebab kawan yang rapat sahaja akan tahun yang adik beradik saya bermula dengan nama depan ismail. saya dilahirkan di klang, selangor. boleh dikatakan anak jati selangor lah ni. saya anak ke-3 dari 4 adik beradik dimana orang kata anak ke-3 ni kebanyakannya keras kepala dan periang, adakalanya betul lah ape orang cakap sebab saya seorang yang banyak cakap dan nak selalu betul biar pun bende tu salah. saya adalah seorang anggota keselamatan dan sekarang berkhidmat di Agensi Penguatkuasaan Maritim Sandakan,sabah. saya berminat dengan kerja ini oleh kerana minat menjelajah dan cabaran dalam hidup. bagi saya belayar dilaut yang luas adalah satu pengalaman yang menyeronokan lagi-lagi bila kita berada ditempat orang dan belajar cara mereka hidup kadang benda baru yang di pelajari itu akan mengajar kita erti hidup yang sebenar tak semua yang kita ingin kan akan kita dapat dan tak semua yang kita tak nak kita boleh elak. jadinya dalam hidup ini teruskan berjalan walaupun kita rasa kita telah jatuh berkali-kali, namun bangkit dan jangan mengalah. percayalah orang yang berusaha telah dijanjikan kejayaan untuk dirinya.

Comments

Popular posts from this blog

Tempat Menarik Di Malaysia Seakan-akan Di Luar Negara

Percutian 3 hari 2 malam di Polumpung, Sabah

Aktiviti Lasak 4x4 ke kampung orang asli Kem Pos bentau, cameron highland