Aktiviti Lasak 4x4 ke kampung orang asli Kem Pos bentau, cameron highland

memacu kenderaan 4x4' dimana semua tempat yang sukar atau berbukit akan saya redahi. Tak salahkan jika kita nak mencuba. Saya tetap sedar,kena ukur di badan sendiri. Saya tidak akan pergi berseorangan kerana takut-takut akan terjadi kecelakaan yang tidak diingini di dalam hutan itu nanti,seperti contoh kereta rosak, kereta tersangkut dalam lopak dan lain-lain.kebiasaannya saya akan pergi secara berkumpualan.Yang penting kenderaan kita hendaklah tiptop semana hendak masuk hutan untuk bermain 4x4.





jadi post kali ini saya nak berkongsi pasal satu tempat kem pos di dalam hutan.Oleh kerana minat punya pasal terhadap dunia 4x4 di dalam hutan,saya membeli kenderaan 4x4 dengan cara asyuran dan telah pergi ke sebuah tempat iaitu kem pos bentau, d cameron highland,pahang.nama tempat yang agak terkenal dikalangan peminat 4x4 ini. sayabersama kumpulan terpakse meredah hutan dan laluan yang agak mencabar serta bukit bukau yang curam untuk misi kali ini. sebagai seorang pemandu pacuan 4 roda harus lah pakar dan berpengetahuan tentang pengendalian kerendaan ini kerana jika salah pengendalian ia boleh menyebabkan kemalangan jiwa. 



pelbagai dugaan yang kami hadapi untuk sampai ke destinasi. biasalah sudah nama pun sukan lasak jadi kalau tiada cabaran bukan lah namanya sukan lasak. dengan penuh kesabaran kami redahi, hampir 3 jam lebih masa yang diambil untuk ke destinasi. setelah sampai ke kem pos betau, kami melihat keadaan orang asli yang daif kerana tidak mempunyai bekalan air dan elektrik yang sperti mana kita yang berada di bandar. keadaan ini dapat dilihat di sepanjang jalan. kami berasa sedih terhadap kampung ini, kami juga rasa bersyukur dengan apa yang kami miliki sekarang. benarlah kata orang belajarlah bersyukur kerana ia lebih berharga. kami meluangkan masa bersama warga kampung dan bermain dengan anak-anak mereka serta kami memberi sedikit sumbangan kepada mereka agar mereka dapat merasa dan membantu sedikit beban yang mereka tanggung.

setelah selesai saya dan kumpulan berangkat pulang. ia memberi satu pengalaman yang baru dalam hidup saya dimana bukan lah mudah untuk mengendali 4x4 kerana ia memerlukan kemahiran yang tinggi serta kerjasam untuk menyelesaikan satu masalah yang dihadapi. bagi saya ia satu aktiviti yang menyeronokan dimana kita menjelajah di samping membantu isan yang memerlukan.


Comments

Popular posts from this blog

Tempat Menarik Di Malaysia Seakan-akan Di Luar Negara

Percutian 3 hari 2 malam di Polumpung, Sabah