About Haziz Bin Wahi
Assalammualaikum dan salam sejahtera, saya Haziz Bin Wahi berumur 37 tahun dan dilahirkan di Bintangor,Sarawak. saya sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak 2 lelaki dan 2 perempuan. saya seorang anggota Polis diraja malaysia dan telah berkhidmat lebih dari 10 tahun. menjadi seorang anggota polis adalah cita-cita saya sejak dari kecil lagi ini disebabkan atas cintakan tanah air. menjadi anggota polis adalah satu tanggungjawab yang besar kerana sentiasa bersedia jika di perlukan tidak kira waktu siang atau malam. saya rasa bersyukur kerana dikurniakan isteri dan anak yang berkongsi minat yang sama dalam pelancongan. menziarahi negara orang adalah pengalaman yang menyeronok disamping dapat memberi pengetahuan yang meluas kepada anak-anak untuk mereka terokai dunia luar bukan dengan hanya melihat gambar di laman sesawang akan tetapi mereka juga dapat merasai suasana sebenar. saya juga gemar berkongsi tempat pelancong yang menarik di blog-blog dan laman sesawang yang lain seperti instagram, facebook, dan lain-lain. didalam blog ini juga saya akan membuat satu post untuk perkongsian tempat pelancongan di malaysia yang mempunyai kesamaan di negara luar.
Comments
Post a Comment