Assalammualaikum kali ini saya ismail quyyum hendak berkongsi tentang satu tempat yang menarik di sabah. Dari sumber orang kampung sekeliling mengatakan bahawa ada air sungai yang mengalir dikawanasan kota belud dan lebih menarik lagi air sungai tersebut adalah air yang berasal dari gunung kinabalu. sapa pun tak teruja bila dengar air sumber air yang mengalir dari gunung kinabalu. jadinya saya dan kawan sekerja kami merancang membuat percutian di tempat tersebut yang diberi nama Polumpung, sabah.

Bermula perjalanan kami di sandakan, sabah. kami terpaksa meredah 3 daerah iaitu Telupid, Ranau dan Kundasang. Masa perjalanan yang terpakasa diambil lebih kurang 4 jam 57 min, biasanya kami akan tiba lebih lewat disebabkan terlalu banyak berhenti serta menyinggah ketempat yang menarik sebelum sampai kedestinasi. bagi pendapat saya perjalanan dari sandakan sebenarnya lebih menarik kerana banyak tempat yang boleh kita pergi sebelum sampai sebagai contoh kolam air panas, kolam ikan, singgah di pasar kundasang, dapat melihat jambatan tanparuli dan pelbagai lagi. Ini akan membuatkan perjalanan anda lebih menarik berbanding anda bergerak dari kota kinabalu, tidak salah jika andak ingin begerak dari kota kinabalu kerana ia dapat memberikan anda dari segi minya, kos dan masa. terpulang dari diri masa masing-masing bak kata perpatah ukur baju dibadan sendiri.
 |
Gambar Tapak perkemahan kami. |
 |
Percubaan Untuk dapatakan pemandangan gunung
|
setelah meredah perjalanan yang agak jauh. kami tiba di Polumpung, Sabah dimana saat yang dinantikan adalah menikmati air sungai yang dikata. namun, agak kecewa dimana kami dimaklumkan bahawa cuaca agak teruk kerena mengalami hujan yang berpanjangan selama 2 hari berturut. jadi kami dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti air kerana air ketika itu terlalu deras sehingga dapat mendengar bunyi dentuman batu dari dasar sungai. demi menghilangkan rasa kecewa tersebut. kami pun berkemah lah disana selama satu malam, kepada sesiapa yang ingin ke sini dinasihatkan bawa lah bekalan makanan serta khemah yang sesuai, ini kerana di polumpung jika waktu hujan atau di awal pagi cuaca sangat sejuk dan nyaman. pada yang takut jika hujan tiada tempat berlindung, jangan risau pihak penjaga tempat ini akan menyediakan kenopi dimana anda boleh menyewa dari mereka untuk berteduh dan cas yang di kenakan pun tidak lah terlalu mahal.
 |
Sungai yang terletak di atas bahagian atas sedikit dari kawasan perkemahan |
 |
Ikan kelah yang sangat besar dan dinasihatkan supaya tidak mencuri ikan disini. |
pada keesokan harinya, bangkit dengan penuh semangat baru. kami tidak berputus asa untuk mencari sungai yang boleh kami beriadah. seawal jam 8 pagi kami berkemas dan bergeram masuk lebih dalam dalam dari tapak kami berkemah. tidak sampai lebih kurang 10 minit kami berjalan kami terjumpa satu tempat yang menarik dimana tempatnya mempunyai ikan kelah dan sungainya bergitu bersih cuma air sungai yang mengalir bukan lah dari air gunung kinabalu. di situ juga mempunyai tapak perkelahan yang di sediakan oleh pihak penjaga. tanpa berfikir panjang kami pun membuat keputusan untuk bermalam disitu. jadi nya tidak lah rasa terkilan sangat kerana tidak dapat mendi air gunung kinabalu. bak kata orang, dari pulang tangan kosong lebih baik ada sesuatu untuk di kenang.
 |
percubaan berselfie dengan gunung kinabalu gagal.
|
tepat pada jam 3 petang, kami berangkat pulang ke sandakan. sebelum nak pulang sempat lah kami berselfie dengan gunung kinabalu sebagai kenangan. malaysia bukan lah satu negara yang besar, tetapi mempunyai pelbagai tempat yang menarik. jadinya mari lah kita sama-sama menerokai tempat-tempat yang menarik dimalaysia.
Comments
Post a Comment